♥ Followers ♥

Monday, July 25, 2011

Plastik!!!


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah melancarkan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” di peringkat kebangsaan.
Semua pasar raya besar, pasar raya dan stesen minyak  tidak akan memberi beg plastik secara percuma pada setiap hari Sabtu.

Dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan kegunaan beg plastik, orang ramai perlu membayar 20 sen bagi setiap beg plastik apabila mereka membeli belah pada hari Sabtu di pasar raya besar, pasar raya dan stesen minyak Petronas.

Jumlah wang yang dikutip daripada penjualan beg plastik ini akan disalur kepada dana untuk kebaikan alam sekitar dan komuniti.
Semua pasar raya besar, pasar raya, farmasi, restoran makanan segera, restoran nasi kandar serta stesen minyak perlu melaksanakan kempen “Tiap-tiap Hari Mengurangkan Beg Plastik”. 

Dasar hari tanpa beg plastik percuma dapat mendorong orang ramai memikir tentang alam sekitar apabila mereka membeli belah.

Secara purata, setiap orang menggunakan 8 beg plastik setiap minggu. Kebanyakan beg plastik ini tidak digunakan semula. Jika beg plastik dibuang, ia memerlukan 500 tahun untuk diuraikan. Ini merupakan satu beban kepada bumi.

Menurut kajian, penduduk Malaysia memboroskan sebanyak 163 bilion bahan yang dapat dikitar semula dalam masa dua tahun. Jika semua bahan ini diguna atau dikitar semula, ia membawa manfaat yang besar kepada penduduk dan alam sekitar di Malaysia.

P/S : Sedar2 ler pengguna, KPDNKK yg lancarkan, dari bulan Januari agi. Kalau nak plastik bayar jelah 20 sen, bukan rugi pe pun 20 sen tu. Nak save our earth kene lah berkorban. Nak pakai bumi ni sampai KIAMAT. Tak kire ler ko PEGUAM ke, pernah duk OVERSEA ke, hari SABTU je pun. Kalau nak complain sediakan KOTAK ke ape bende, jumpe je MANAGER pasaraya tu. Jangan dok nak bising ngan pekerja2 bawahan. Hari tanpa plastik tu peringkat KEBANGSAAN punye, x kire ar KL tu agi maju ke, Singapore tu maju ke xde kene mengena ngan HARI SABTU YANG MEMANG TANPA PLASTIK! FULL STOP!

4 comments:

  1. ade org bising2 kat tmpt awk keje ehh??

    ReplyDelete
  2. beli kereta xyah kena plastik..hehe

    ReplyDelete
  3. haha bukan susah nak settle masalah. Nak elakkan kene marah ngan customer je, tiap hari sabtu terus letak notis " Hari Tanpa Plastik "

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...