♥ Followers ♥

Saturday, April 7, 2012

Aku terlupa, aku terleka...

" Hidayah itu adalah milik Allah Yang Maha Kuasa. Hanya Dia yang mempunyai kuasa veto berhak memilih siapa sahaja hambaNya untuk diberikan hidayah, berjalan dijalan Islam yang sebenar. Bersyukurlah dengan sepenuh hati milikNya itu andai terasa diri sudah diberi hidayah dariNya. Tiada siapa yang dapat merasainya kecuali dirinya yang telah dipilih Allah itu. Subbhanallah, hebatnya Dia. "

Air mata apakah ini?
Adakah aku menyesali nasib yang Allah kurniakan kepada aku?

Ya Allah...
Banyaknya aku terlupa..
Banyaknya aku terleka..
Sesungguhnya aku bersyukur atas pemberian lelaki ini daripadaMu kepadaku..
Dia yang membawaku kepada kelalaian..
Dia juga yang kembalikan aku untuk mengingatimu..



" Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka; bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat. "
(Surah al-Fatihah, Ayat 6-7).

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka " 

" Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman sentiasa ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia. "

Terima Kasih awak sebab ingatkan saya :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...