♥ Followers ♥

Sunday, December 8, 2013

Hukum Makan Kenduri Kahwin Tanpa Di Undang



Masyarakat pada masa kini amat kurang sensitif dengan adab makan makanan kenduri di majlis perkahwinan orang lain sedangkan dirinya langsung tidak dijemput. Perbuatan ini nampak seperti tidak ada apa-apa, namun menurut ceramah Ustaz Azhar Idrus, ia merupakan satu perbuatan yang haram kerana dikira sebagai PENCURI...

Jom tonton  video ceramah Ustaz Azhar Idrus kali ini mengenai makan kenduri tanpa diundang
Soalan yang ditanya oleh hadirin :
Apakah hukum makan kenduri di rumah orang kahwin walhal kita tidak dijemput? Tetapi kita makan sehingga kenyang pula. Adakah makanan yang kita makan itu halal atau haram?
Jawapan oleh Ustaz Azhar Idrus : 
Hukum memakan makanan di majlis kenduri kahwin tanpa diundang diibaratkan seperti pencuri. Di dalam kitab Feqah, dalam bab walimah ada menyebut mengenai perkara ini iaitu siapa yang tidak dijemput, haram dia makan makanan di majlis tersebut.Tetapi hukum tidak haram pula adalah jika kita sekadar datang di majlis tersebut.
Jika kita makan tanpa diundang maka kita wajib bertaubat dan membayar semula kepada tuannya. Hal ini kerana golongan ini dipanggil pencuri.
Untuk memudahkan lagi, teruslah berjumpa dengan tuan majlis tersebut untuk meminta maaf dan menyatakan kesalahan yang telah kita lakukan.
Walaupun ada sesetengah masyarakat memandang kes ini sebagai “ala benda simple pun nak kecoh, tak habis nasi pun”. Kita perlu tahu, jika tuan majlis perkahwinan tersebut telah memperuntukan sebanyak 2000 hadirin dengan kiraan satu kepala RM10. Maka jika kita makan tanpa diundang, secara tidak langsung perbuatan kita telah menafikan hak hadirin yang sepatutnya telah dijemput. Itu sebabnya kadang-kadang makanan di majlis perkahwinan tidak cukup. Cara yang paling mudah, sebelum makan itu, kita perlulah bertemu dengan tuan rumah dahulu, dan Insha Allah tuan rumah pasti akan mempelawa kita untuk makan. "
Sumber : Melayukini.Net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...