Carta
ini khusus untuk menteri2 aje. Kalau la Bung Moktar itu menteri (nasib
baik bukan, syukur Alhamdullilah) mesti dia menjuarai carta kali neh
dengan aksi bangang dia kat parlimen iaitu ketika dia koyakan kertas
usul untuk bincang isu bencana alam banjir di Kuantan ketika itu..
tipuuu tipuuuuu harammm harammmmmm tipuuuuu tipuuuuuu harammmmmm
KAH KAH KAH
Baikla.
Terus kepada tajuk sebenar. Susunan 1 sampai 5 ini memang ada sebab. Di
kedudukan 5 menteri itu masih di anggap bodoh. Cuma di kedudukan no 1
ialah menteri yang paling paling paling paling paling paling paling
paling di anggap bodoh oleh rakyat marhaen. Rakyat anggap mereka bodoh
adalah disebabkan mereka kerap kali keluarkan kenyataan2 yang sangat2
tidak cerdik di dalam PC. Langsung tidak memahami persoalan yang rakyat
timbulkan. Bukan suka2 anggap mereka bodoh hanya disebabkan berbeza
pendapat, tidak hormat ataupun kerana tidak meraikan kepelbagaian
idelogi politik.
Harap faham.
Oke terus kepada carta.
5. Ahmad Shabery Cheek
Isu
KPOP sudah membuktikan betapa kita tidak mempercayai kata2 menteri ini.
Mulanya kerajaan menafikan bahawa dana awam digunakan untuk biayai
konsert KPOP selepas invois berkaitan didedahkan di laman blog. Lepas
tue audit sebut lain. Eh konsert kpop gunakan dana awam la pula. Lepas
tue menteri KBS yang baru pun mengaku. Lepas tue dia cakap konsert KPOP
bawa untung juta2 pada negara. 140 juta. Ko boleh percaya tak kalau ko
jadi aku? Jangan tipu diri sendiri der. Kalau sungguh ada untung sampai
140juta takan la audit nak tegur konsert kpop tersebut sebagai
perbelanjaan yang tidak berhemah. Kenyataan demi kenyataan Shabery Cheek
yang dibuat dalam isu neh menjatuhkan imej dan krediblitinya sebagai
seorang menteri. Begitu juga bila dia sebut khemah tak berapa sesuai
untuk disediakan buat mangsa banjir angkara iklim cuaca yang berbeza.
Rakyat hanya mampu tepuk kepala melihat jawapan menteri sedemikian rupa.
Kalaula Shabery Cheek tahu..
4. Najib Razak
Ya.
PIEM kita hanya mampu menduduki tangga keempat saja tahun neh
memandangkan kita ada 3 individu lain yang lebih bodoh dari piem kita.
Maaf Najib sebab aku terlalu berterus terang. Aku nak juga tipu2 tapi
aku rasa tak guna gak. Kalau aku tipu ko pun bukan ko boleh dengar. Jadi
alang2 tak boleh tipu dan bodek ko baik aku jadi jujur dan ikhlas aje.
Wakaka..
Siapa boleh lupakan kenyataan2 yang terbit dari Najib Razak ini?
Lagi ;
Dan lagi ;
Bayangkan
seorang perdana menteri tidak tahu apa perbezaan antara kesan kenaikan
gaji dengan kesan kenaikan harga barang terhadap rakyat marhaen. Sejak
bila pula kenaikan gaji wakil2 rakyat di Selangor akan menyebabkan
petrol, minyak masak, beras, tambang bas, tambang LRT akan turut sama
naik? Dan kenapa pula Najib tak sebut begitu bila gaji wakil rakyat di
Sarawak, Johor, Kedah dan Perlis dinaikkan?
Itu
belum lagi masuk bab dia asyik sebut2 di tv, di berita bahawa kenaikan
harga barang tak berlaku. Pembangkang putar belit. Apa yang berlaku
ialah subsidi dikurangkan. Gunakan ayat yang berbelit2 supaya rakyat
paksa diri berfikir bahawa kenaikan minyak tak berlaku, kenaikan gula
tak berlaku. Macam isu ayat rasionalisasikan subsidi
neh la juga kisahnya. Tapi macam mana nak paksa diri untuk fikir begitu
kalau dulu ko bayar 1.90 sekarang ko bayar 2.10? Tak berlaku kenaikan
ke tue walaupun ko kena keluarkan lebih wang ketika membayar?
Alasan2
bodoh seringkali dikeluarkan untuk halalkan keputusan2 yang kerajaan
buat yang mana keputusan2 tersebut sebenarnya menyusahkan rakyat
terbanyak. Sebab tue Najib dengan muka tak malu nya suruh rakyat
kurangkan gula atas alasan nak kurangkan stastistik penyakit diabetes.
Yelah sangat tue. Rokok boleh pula jual ye walaupun dikatakan punca
utama kanser. Baik punya belit piem kita neh kan.
Begitu
juga bila Najib berulang kali memberitahu bahawa kerajaan ada formula
yang tepat untuk selesaikan masalah rakyat. Untuk minimakan kesan
rantaian kenaikan barang. Tetapi sejak dari PRU lepas, tiada satu pun
formula2 Najib itu berkesan. Sembang aje kencang depan tv. Sikit2 ada
formula. Sikit2 ada formula. Apa formula hebat dia tue? Apa yang berlaku
adalah sebaliknya. Rakyat terpaksa tanggung beban dengan kenaikan demi
kenaikan yang berlaku selepas BN berjaya memperolehi mandat pentadbiran
dengar? Benar la apa yang dilafazkan melalui gambar kat bawah neh ;
Janji
ditepati konon. My foot la. Dulu berjanji akan kurangkan kadar tol.
Tetapi sekarang janji ke mana, kadar tol bakal dinaikkan. Sembang je la.
Satu Malaysia kena main dengan permainan Najib sudahnya. Padan muka aku
dan ko sekarang neh kena tanggung beban. Amek kaw.
3. Ahmad Maslan
Ada banyak. Tapi aku rasa yang paling terkesan sekali di ahti rakyat ialah bila dia sebut begini.
Kadar
penggunaan minyak ikut tangga gaji. Kenyataan ini terang terangan
bangang. Seolah2 si penutur neh menuturkan kenyataan ini tanpa berfikir
lanjut. Bagaimana pula kita boleh tentukan penggunaan minyak sebulan
berdasarkan tangga gaji seseorang? Aku tatau. Korang tanyala menteri di
atas ye. Formula tue dia yang bagi.
2. Shahidan Kassim
Sejak2
naik semula. Dulu jatuh sebagai MB Perlis. Lepas tue naik sebagai
menteri. Menteri di jabatan perdana menteri. Ketika mula2 dia keluarkan
kenyataan demi kenyataan bangang, rakyat memang asyik nak maki hamun.
Tetapi sekarang rakyat dah tak mampu nak maki. Rasa kesian. Hanya gelak
je la. Sebab dah terlalu banyak sangat kenyataan bangang yang dia
keluarkan.
Bayangkan
bukan satu dua kenyataan2 bangang yang dia keluarkan. Banyak wooooo.
Kenyataan Malaysia terbaik itu jek dah berapa kali dia sebut. Malaysia
bebas rasuah la, Malaysia terbaik sistem banjir la. Kenyataan suruh
berterima kasih pada Rosmah je dah 2,3 kali dia sebut. Akan tetapi yang
mungkin rakyat akan kenang sampai bila2 ialah bila dia sebut ;
"Pembekal syarikat dakwat kekal tidak boleh didedahkan nanti rakyat berlumba2 nak pergi beli" - Shahidan Kassim.
Sampai
sekarang HARAM aku faham kenapa kalau aku tahu apa nama syarikat
tersebut aku akan beria2 pergi beli dakwat kekal (of coz, tak kekal
oke). Kenyataan yang dikeluarkan tanpa ada penjelasan yang jelas. Sudah
tentu menteri tak perlu kan logik akal ketika mengeluarkan statement
yang tak berasas. Cukup dengan hanya kehadiran press, ada microfon dan
mampu bercakap. Itu je.
1. Hasan Malek
Aku
percaya majoriti dari BN dan PR bersetuju aku letakkan dia no 1. Mereka
takan bekap pun menteri neh. Kalau dia ada facebook atau twitter,
nescayalah dia pasti akan teruk diserang bertubi2 oleh rakyat marhaen
kerana baru saja sebut begini 2 hari yang lepas ;
Hari2
rakyat pongpang2 bising isu kenaikan harga barang sampai masuk paper
sampai bakal buat perhimpunan besar besaran pada malam 31 Dec 2013, dan
siap ada page khas di facebook lagi
==> https://www.facebook.com/BenciHargaNaik
SAYA BENCI HARGA BARANG NAIK
Menteri
kita boleh bercakap bahawa mereka tak terima sebarang aduan kenaikan
ini membuktikana rakyat sokong kenaikan harga barang?
WHAT THE HELL IS THAT?
Dalam
pada dia pongpang2 cakap tak terima aduan dia boleh pula nak kenakan
tindakan keras terhadap mana2 pihak yang naikkan alat tulis. Bayangkan.
Ko baru aje sembang pasal nak banteras kegiatan pekedai2 yang bertindak
naikkan harga alatan tulis sebab kementerian terima aduan, lepas tue ko
cakap kami tak terima pun sebarang aduan kenaikan barang itu bermaksud
rakyat terima kenaikan harga barang...
Hello.
Ko bukan tatau ada perhimpunan besar besaran yang dibuat kerana
membantah kenaikan harga barang nanti. Apakah kewujudan perhimpunan itu
sendiri tidak memberikan mesej yang sangat jelas kepada menteri kita?
Boleh
nampak tak macam mana Hasan Malek neh berfikir? Dia sebenarnya bukan
saja berfikir di luar kotak bahkan berfikir di luar kewarasan akal
seorang manusia. Inila mentaliti menteri kita yang bernama Hasan Malek.
Rakyat hanya mampu bersedih dan tadah tangan berdoa. Itupun selagi BN
tak kenakan cukai setiap kali berdoa dan rasa sedih la kan. Berapa lama
lagi dia akan menyimpan kedudukan dia sebagai menteri. Rakyat takut oke,
takut.
Menteri ini mula dikenali bila dia start keluarkan kenyataan bangang yang pertama sejak dilantik menjadi menteri penuh ;
Maka
sejak2 itu rakyat dah tak letakkan harapan yang tinggi terhadap menteri
ini setiap kali dia berucap. Rakyat hanya mampu redha dan mungkin
kadang kala menangis bila mengenangkan diri diperintah oleh sekumpulan
manusia yang tidak cerdik.
Di
sudahi dengan harapan dan teguran. Minta tolong kepada menteri2 di
negara neh. Sebelum keluarkan apa2 statement sila faham dulu situasi
sebenar rakyat. Bila dah faham situasi sebenar barula keluarkan
statement.
Dan
jangan keluarkan kenyataan2 yang memperbodohkan rakyat. Paksa rakyat
terima keputusan2 yang berat sebelah terutamanya yang melibatkan
pemotongan subsidi. Di saat kerajaan pongpang2 suruh rakyat berjimat,
kerajaan sendiri berboros. Sampai Mahathir buka mulut. Bila Mahathir
buka mulut semua senyap menikus. Takde sapa2 pula nak tuduh Mahathir nak
jual negara, agent Israel, tatau bersyukur, dasar tak kenang budi,
halau dia ke luar negara, lucut kewarganegaraan, fitnah Mahathir nak bom
negara apa bagai. Cuma kalau pembangkang yang sebut? Rakyat yang sebut?
Macam2 tuduhan dicampakkan ke atas kami.
Kenapa? Apa beza Mahathir dengan rakyat sedangkan isi teguran kami adalah sama?
Menteri2
di Malaysia perlu belajar menerima kritikan secara matang. Perlu
belajar menerima perbezaan secara waras. Dan perlu meraikan kepelbagaian
pendapat itu ialah satu kebaikan.
Ada
sesetengah perkara yang menteri tak faham, tak nampak kerana mereka tak
berada di kasut rakyat. Jadi rakyat nyatakan pendapat. Amek pendapat
tersebut dan kaji dulu, bukan saling tuduh menuduh atau salah
menyalahkan. Kalau ini menteri buat, kurang2 90% masalah2 penting dalam
negara dapat di atasi. Tolong la faham.
Oke bai.